14 Jun 2009

PENYEDIAAN RESUME


Penyediaan Resume

Butiran maklumat diri atau yang lebih dikenali sebagai resume atau curriculum vitae (C.V) adalah butiran bertulis mengenai diri anda, iaitu mengenai siapa dan apa yang pernah anda lakukan.
Resume biasanya digunakan dalam permohonan kerja professional atau professional bersekutu. Melalui resume yang telah anda sediakan, bakal majikan akan dapat membuat tanggapan pertama mengenai diri anda.
Oleh itu, adalah amat penting supaya anda menyediakan resume yang baik. Resume yang disediakan hendaklah:
- kemas, ringkas dan padat (iaitu tidak melebihi dua muka surat)
- perkataan mudah digunakan
- tidak ada sebarang kesilapan ejaan atau tatabahasa
- dapat memberi impak
- gunakan kertas putih kosong saiz A4 yang berkualiti
- gunakan jarak dua (double spacing )
- gunakan sampul surat yang besar dan jangan melipatkan resume anda
Pada kebiasaannya, resume perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
- Maklumat peribadi (termasuk foto paspot anda yang terkini, sekiranya diminta).
- Maklumat pendidikan seperti senarai sekolah dan instutusi latihan yang pernah anda hadiri dan kelulusan (sijil, diploma dan ijazah) yang diperoleh serta tarikhnya.
- Pengalaman bekerja termasuk nama dan alamat bekas majikan anda (termasuk latihan ilmiah di industri pendidikan dan kerja musim cuti yang relevan)
- Kemahiran khusus (misalnya kefasihan bahasa, pengetahuan komputer, penganugerahan dan kemahiran-kemahiran lain).
- Hobi/Kegemaran
- Nama dan alamat penyokong (references), sekiranya diminta.
Contoh resume adalah seperti di Lampiran II. Dokumen-dokumen sokongan yang relevan hendaklah disertakan.

LAMPIRAN II
Contoh Resume
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:

FOTO PASPORT TERKINI (sekiranya diminta)
UMUR:
JANTINA:
TARAF PERKAHWINAN:
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
TELEFON:
E-MAIL:
OBJEKTIF KERJAYA:
KELULUSAN AKADEMIK:
(Mengikut susunan kronologi mulai kelulusan terakhir)
Tahun
Nama Institusi Pendidikan
Kelulusan

PENGALAMAN KERJA:
(Mengikut susunan kronologi mulai pekerjaan terakhir)
Tahun/Tempoh Bekerja Nama dan Alamat Majikan Jawatan dan Tugas Utama
KEMAHIRAN KHUSUS:
HOBI/KEGEMARAN:
RUJUKAN (sekiranya diminta)
Nama
1)
Alamat