30 April 2012

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2012

27 April 2012- Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2012 dengan jayanya. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Sri Zulhasnan bin Rafique,  Ahli Palimen Setiawangsa. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang telah berjaya menerima anugerah cemerlang ini dan diharapkan dapat membakar semangat juang untuk berusaha dan seterusnya berjaya menempah kejayaan demi kejayaan di masa-masa akan datang.

05 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 36

03 Mac 2012 - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 36 dengan lancarnya. Tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa dan guru yang telah bersama-sama menjayakan mesyuarat ini. Terima kasih!

 







Senarai Ahli Jawantan Kuasa
Persatuan Ibu Bapa & Guru  ( PIBG)  2012/2013

27 Februari 2011

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan  PMR, SPM dan STPM.

07 Februari 2011

Program 5 Minit Bersama Kaunselor: Ucapan Kaunselor


UCAPAN KAUNSELOR PERHIMPUNAN RASMI
TAJUK : TANGGUNGJAWAB  PELAJAR

TARIKH :7 FEB 2011
HARI : ISNIN
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN


TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI  SENDIRI.
- Menjaga kebersihan diri, termasuklah  kebersihan fizikal, mental dan rohani.
- Bersopan,jujur dan amanah.
- Menghargai masa dan menepati masa.
- Berjimat cermat.
- Bersifat sederhana dan tidak sombong.
- Sabar dan bertolak ansur.
- Menghormati hak asasi orang lain.
- Berani dan cekal hati.
- Berdedikasi dan berdikasi.
- Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

02 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti..

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti kepada semua guru-guru, pelajar-pelajar dan staf  SSWP Seri Titiwangsa.
Wishing you a happy & prosperous Chinese New Year.

Blog Bicara Kaunselor Kembali Beroperasi

Assalamualaikum..dan selamat sejahtera..kepada semua warga SSWP Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur (semua guru, pelajar-pelajar dan staf kakitangan pejabat.

Pertama sekali, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan berbanyak-banyak maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog Bicara Kaunselor kerana beberapa kekangan dan kesuntukan masa.