14 Jun 2009

PERMOHONAN KERJA

PERMOHONAN KERJA
Permohonan kerja boleh dilakukan dengan dua cara :-
Surat Permohonan/Borang Permohonan
Kebanyakan iklan bagi jawatan kosong berkehendakan anda memohon melalui surat sama ada secara menaip atau bertulis (handwritten). Surat permohonan merupakan satu cara untuk memperkenalkan resume anda dan memberi gambaran pertama yang baik kepada bakal majikan terhadap diri anda.
Anda perlu mengambil kesempatan ini untuk menghubungi bakal majikan sambil menyakinkannya bahawa anda adalah calon yang paling sesuai untuk pekerjaan tertentu. Anda harus menekankan kelulusan/kemahiran/kebolehan, pengalaman dan personaliti anda. Anda juga harus merakamkan minat anda terhadap pekerjaan yang dipohon dan syarikat berkenaan serta sumbangan anda kepada syarikat. Surat permohonan yang efektif akan mendorong majikan supaya bersedia untuk bertemu anda.
Surat permohonan anda hendaklah ringkas (iaitu satu muka surat) dan ditaip/ditulis dengan menggunakan kertas putih kosong saiz A4 yang berkualiti serta disemak semula supaya tidak mengandungi sebarang kesilapan ejaan/tatabahasa. Contoh surat permohonan adalah seperti dilampiran
1. Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Bagi meningkatkan peluang untuk mendapat pekerjaan/tawaran kerja yang lebih baik, anda hendaklah berusaha untuk memohon seberapa banyak jawatan yang bersesuaian dengan dan kebolehan anda.
LAMPIRAN I
Kandungan Surat Permohonan
Tarikh
Nama
Alamat Sendiri
Nama Jawatan
Nama Syarikat
Alamat Syarikat
Tuan/Puan _____________________________________,
Nama Jawatan Yang Dipohon
Para 1:

Tujuan permohonan (termasok nama jawatan yang dipohon serta sumber kekosongan jawatan, iaitu nama surat khabar, majalah, rakan-rakan dan sebagainya dan tarikh pengiklanan).

Para 2:

Minat anda terhadap pekerjaan yang dipohon dan sebabnya

Para 3 : Minat anda terhadap syarikat berkenaan dan sebabnya

Kenyataan-kenyataan yang mustahak dan relevan(seperti sumbangan anda kepada syarikat dan keistimewaan/personaliti anda) yang tidak dinyatakan dalam resume.

Beri ucapan terima kasih.

Yang Benar,
������������.
(NAMA PENUH)
Borang Permohonan Kerja
Ada setengah majikan memerlukan sipemohon kerja mengisi borang yang di sediakan .Sebelum anda mula mengisi borang permohonan , bacalah arahan-arahan dengan teliti dan tentukan bahawa anda memahami semua soalan . Semasa mengisi borang , pastikan tulisan anda mudah di baca/jelas . Tentukan bahawa semua ejaan adalah betul dan jawapan yang di berikan adalah betul , ringkas dan tepat .
Mengisi borang permohonan dengan betul dan cermat adalah penting kerana ini boleh memberi gambaran yang baik kepada bakal majikan dan mungkin membantu anda mendapat pekerjaan yang di minati itu .
Setelah menjawab semua soalan , pastikan bahawa semua ruangan dalam borang telah di isi dan dokumen sokongan yang relevan di sertakan . Surat yang di sertakan bersama-sama borang hendaklah ringkas dan hantar kepada bakal majikan sebelum tarikh tutup permohonan .