14 Jun 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Salam dan ucapan salam perpaduan kepada semua pelajar serta semua guru SMKST. Alhamdulillah, kita semua telah bercuti sekolah selama 2 minggu. Pelbagai aktiviti telah kita penuhi semasa cuti sekolah. Ada yang telah pulang ke kampung melihat nenek, datuk, sambil menghadiri majlis perkhawinan saudara mara. Mungkin ada pelajar yang telah gunakan waktu cuti sekolah baru-baru ini dengan menghadiri kelas tusyen serta mengulangkaji pelajaran terutama kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PMR atau SPM pada tahun ini. Alhamdulillah.
Tetapi mungkin ada pelajar yang mengisi masa cuti sekolah ini dengan tidak berbuat apa-apa. Cuma makan, tidur, menonton tv, lepak, dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak berfeadah. Tanpa dia sedar waktu berlalu dengan begitu pantas tanpa ada apa-apa makna pun. Tetapi mungkin ada juga pelajar yang penuhi masa cuti sekolah baru-baru ini dengan menolong ibu bapa berniaga, atau juga ada pelajar yang mengambil kesempatan cuti sekolah dengan bekerja sambilan. Apa pun aktiviti pelajar-pelajar semasa cuti sekolah baru-baru ini akan tinggal kenangan.
Di harapkan setelah kita bercuti sekolah baru-baru ini, kita akan datang sekolah dengan lebih bersemangat. Dan persekolahan semester ke 2 ini amat penting sekali. Terutama pelajar tingkatan 3 dan 5. Untuk pelajar tingkatan 3, cuma ada 83 hari lagi untuk bakal menghadapi PMR. Manakala pelajar tingkatan 5 cuma ada 156 hari lagi bakal menghadapi SPM.
Untuk maklumat kepada semua pelajar, bulan jun ini sekolah sibuk dengan pelbagai aktiviti, seperti Pelancaran Rakan Muda Sekolah Peringkat KL, Seminar Pemikiran Islam, Seminar Teknik Menjawab SPM dan SPM, Bicara Akademik, dan lain-lain. Semua aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada pelajar-pelajar.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.................