PERKHIDMATAN UBK

PERKHIDMATAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SSWPST

Pendahuluan

Perancangan Strategik Unit Bimbingan Dan Kaunseling merupakan perancangan jangka panjang yang menjangkau selama 5 tahun Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur, bagi tujuan merancang, menyedia, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan. Perancangan ini merangkumi:

· Akademik
· Kerjaya,
· Psikososial,
· Keibubapaan,
· Pembangunan Diri Pelajar,
· Pendidikan Pencegahan Dadah,
· Pengurusan dan Pentadbiran,
· Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kelompok
· Pembimbing Rakan Sebaya.

Visi

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur merupakan unit yang memberi perkhidmatan berkualiti secara menyeluruh dan berkesan pada tahun 2011

Misi

Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan penuh rasa tanggungjawabbersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong dan membantu murid dari aspek pengayaan, pengembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkat pengetahuan, ketrampilan, kemahiran, konsep kendiri positif dan jati diri dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran.
 
Falsafah Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif teraputik dak elektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Bahawanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digebelingkan secara optimum menerusi pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.