02 Julai 2009

UCAPAN KAUNSELOR : SAYANGI DIRI SENDIRI


Ucapan Kaunselor : 29 Jun 2009
Tajuk: Sayangi Diri Sendiri
Cara-Cara Sayangi Diri
  1. Rasa bangga dengan diri sendiri. Seronok dan gembira dengan apa yang ada. Mempunyai rasa diri kita dihargai oleh orang lain seperti oleh ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan.
  2. Orang lain merasakan kewujudan diri kita di dalam persekitaran kehidupan diri kita seharian. Kawan-kawan kita merasai kewujudan kita sekiranya kita ada. Dan kawan-kawan kita merasai kehilangan diri kita sekiranya kita tidak ada.
  3. Kita merasai diri kita ini mempunyai kelebihan atau bakat yang tertentu. Sama ada di dalam bidang akademik, kokurikulum, kemahiran. Dan kita cuba untuk mencari kelebihan atau keistimewaan diri kita. Seterusnya menggunakan segala kelebihan diri kita untuk meningkatkan maruah diri kita dengan menggunakannya ke arah kebaikan diri kita dan juga orang lain.