27 Jun 2009

SEKITAR HARI BICARA AKADEMIK SMKST 2009

Ibubapa sedang menunggu untuk berbincang mengenai prestasi pelajaran anaknya dengan guru tingkatan di dalam kelas.


Guru sedang berbincang dengan salah seorang ibu di dalam kelas.


Barisan pengawas yang bertugas semasa Hari Bicara Akademik


Ibubapa sedang membuat pendaftaran

SMKST. 26 Jun 2009. Pihak Sekolah telah mengadakan Bicara Akademik (dulu dikenali sebagai Hari Terbuka). Unit Bimbingan dan Kaunseling turut serta di dalam program Bicara Akademik. Dengan mempersilakan dan mengalu-alukan kehadiran ibubapa bersama-sama pelajar untuk berjumpa dengan kaunselor bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Di kesempatan ini, pihak kaunselor mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang berkesempatan hadir ke sekolah untuk berbincangkan tentang prestasi pelajaran dan juga sahsiah anak-anak. Tidak lupa juga terima kasih ibubapa yang hadir berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.