14 Julai 2009

MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENDIDIKAN KAUNSELING DAN KERJAYA 2009


Sebahagian pelajar-pelajar yang sedang mendengar amanat daripada Pengetua, Datin Nur Azizah bt Sulaiman semasa Majlis Perasmiaan Minggu Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya.


Ahli PRS yang sedang membuat Aktiviti Roda Impian Kerjaya.


Salah Seorang pelajar sedang cuba menjawab soalan Kuiz Kerjaya


Pengetua SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur Datin Nur Azizah bt Sulaiman sedang memukul gong menanda Minggu Pendidikan Kaunseling Kaunseling dan Kerjaya telah dilancarkan.


Pengetua SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur Datin Nur Azizah bt Sulaiman sedang memberi ucapan perasmian Minggu Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya 2009.


Kaunselor SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur Encik Wan Mohd Amin sedang menyampaikan taklimat program Minggu Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya kepada semua pelajar.



Saudara Nik Muhammad sedang bertugas sebagai pengacara Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya 2009. Terima kasih.


Alhamdulillah dan kita panjatkan kesyukuran pada hari isnin 13 Julai 2009 Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Kaunseling dan kerjaya telah dirasmikan oleh Pengetua SMK. Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur, Datin Nur Azizah bt Sulaiman. Pada tahun ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekali lagi mengadakan Minggu Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Pengetua SMK. Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur, Datin Nur Azizah bt Sulaiman kerana berkesempatan merasmikan Minggu Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya pada tahun ini.

Diharapkan kepada semua pelajar SMK. Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur, mengambil kesempatan untuk mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu pendidikan Kaunseling dan Kerjaya. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang minggu ini seperti berikut:

MINGGU PENDIDIKAN KAUNSELING DAN KERJAYA
13 - 17 JULAI 2009

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan.

13 Julai 2009
Majlis Perasmiaan dan Ceramah Kerjaya, (Kemahiran Daripada IKM dan Transair), Kuiz Kerjaya, Roda Impian Kerjaya.

14 Julai 2009
Kuiz Kerjaya, Roda Impian Kerjaya, Lawatan Sambil Belajar Ke IPTS

15 Julai 2009
Kuiz Kerjaya, Roda Impian KerjayaPertujukan Memadam Api dan taklimat kerjaya Bomba, Pameran Kerjaya daripada IPTS, Pusat Kemahiran, Giat Mara, Bomba, PDRM dan banyak lagi.

16 Julai 2009
Kuiz Kerjaya, Roda Impian Kerjaya, Bengkel Temuduga dan Menulis Resume.

17 Julai 2009
Kuiz Kerjaya, Roda Impian KerjayaPertandingan karom dan catur.

20 Julai 2009
Penyampaian hadiah

Di antara objektif yang diharapkan adalah seperti berikut:

1. Memberi pendedahkan kepada pelajar tentang kerjaya-kerjaya yang terdapat dipasaran pada masa kini.

2. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai maklumat dan kelayakan untuk melayakkan diri bagi menyambung pengajian selepas tamat alam persekolahan.

3. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya lebih berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh belajar untuk mencapai cita-cita atau impian pada masa depan.

4. Merupakan salah satu aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya.

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengharapkan kepada semua pelajar khas pelajar tingkatan 5 dan 4 mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang kerjaya untuk panduan pada masa selepas tamat tingkatan 5.

Kaunselor SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur, Cikgu Wan Amin dan Cikgu Zainal mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak memberi sokongan dan cadangan, serta kepada semua ahli PRS dan tidak lupa kepada semua pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian di dalam aktiviti yang telah dijalankan.