21 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA



Hari ini 21 jun 2009. Sambutan Hari Bapa. Kaunselor nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua guru (lelaki sahaja tau dan juga yang dah kahwin). Pertama sekali, alhamdulillah dan syukur kerana kita dapat menjadi bapa. Kerana bukan semua dapat jadi bapa. Semoga kita dapat menjadi seorang bapa yang baik dan dapat membimbing anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan juga bertaqwa ke Allah s.w.t.
Kepada pelajar-pelajar yang dikasihi, pada hari ini berilah sekuarang-kurangnya ucapan SELAMAT HARI BAPA kepada bapa pelajar-pelajar. Kenangkanlah segala jasa dan pergorbanan bapa-bapa kita. Terlalu banyak jasa dan bakti yang terlah bapa kita curahkan kepada kita semua. Bapa kita telah mendidik kita dan memberi nasihat kepada kita. Selain itu juga, bapa kita sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk memastikan kita dan keluarga dan menjalani kepada kita dengan lebih sempurna. Dan yang paling penting kita jangan sekali-kali menyusahkan bapa kita. Saya selalu merasakan betapa susah dan malu bapa yang datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru disiplin atau pengetua dan juga saya (kaunselor) untuk membincangkan masalah pelajar seperti kena gantung sekolah, handphone kena rampas, kes buang sekolah dan banyak lagi.
Walaupun dalam keadaan malu menyusahkan kerana minta cuti bekerja semata-mata kerana untuk datang ke sekolah kerana kes disiplin (tetapi kalau datang ke sekolah kerana yang baik-baik seperti dapat hadiah dan pujian atau anugerah itu ok lah.... mesti bapa kita datang dengan perasaan bangga dan seronok kan) demi untuk kemajuan anak-anak.
Bagi pelajar-pelajar yang sudah tiada lagi bapa sudah tertentu merasakan satu kehilangan yang amat besar di dalam kehidupan kita. Seperti saya, bapa saya sudah meninggal dunia. (al-Fatihah). Semasa itu, saya dalam tingkatan enam rendah. Saya merasakan amat kehilangannya. Terutama sekali, bila saya mendapat sesuatu yang mengembirakan. Seperti saya dapat masuk U sehingga master lagi. Kerana saya mahu sekali memberitahu bapa saya, bahawa saya sudah boleh berjaya!.....
Pelajar-pelajar sekalian, buatlah baik kepada bapa kita. Bagi yang masih ada bapa, gunakan peluang dan kesempatan ini untuk membuat amal bakti kepada bapa. Bagi sudah tiada bapa, banyaklah sedekah al-Fatihah kepada bapa kita.