15 Jun 2009

PELAJAR SMKST KREATIF

Baru-baru ini, saya telah masuk ke Bilik Disiplin. Di atas meja saya mendapati ada sekeping kertas daripada buku latihan pelajar. Bila saya melihat kertas tersebut, saya mendapati ada satu lukisan potret seperti di atas. Saya terkejut, bila mendapati potret itu ada gambar saya. Ketika itu saya keliru. Sama ada mempunyai perasaan bangga dan tertanya-tanya. Siapa yang melukis gambar saya ini.
Ketika itu, Cikgu Rozlan ada di dalam Bilik Disiplin. Siapa yang lukis gambar saya ni? saya bertanya kepada Cikgu Rozlan yang sedang sibuk memeriksa kertas soalan matematik pelajarnya. Cikgu Rozlan menceritakan seorang pelajar Cina telah lukis, semasa saya bercakap di perhimpunan pagi.
Dalam hati saya, sungguh hebat dan kreatif pelajar ini. Walaupun mungkin pelajar ini tidak memberi tumpuan terhadap apa yang terangkan semasa di dalam perhimpunan pagi. Tetapi pelajar ini mempunyai kebolehan hebat di dalam bidang lukisan. Dan ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar SMKST mempunyai kebolehan yang terpendam di dalam bidang seni lukis. Saya ingin berjumpa dengan pelajar untuk berbincang dan memberi ucapan terima kasih.