02 Februari 2011

Blog Bicara Kaunselor Kembali Beroperasi

Assalamualaikum..dan selamat sejahtera..kepada semua warga SSWP Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur (semua guru, pelajar-pelajar dan staf kakitangan pejabat.

Pertama sekali, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan berbanyak-banyak maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog Bicara Kaunselor kerana beberapa kekangan dan kesuntukan masa.

Sepanjang tahun 2010 dan melangkah ke tahun 2011 ini, telah banyak perubahan yang berlaku di sekolah. Pertama sekali SMK Seri Titiwangsa, ditukar nama dengan rasminya kepada nama baru Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Disamping itu, telah berlaku satu perubahan daripada segi pelajar-pelajarnya, di mana dahulunya SMK Seri Titiwangsa dahulunya terkenal dengan pelajar-pelajar lelakinya tetapi bermula pada tahun lepas 2010 satu perubahan apabila kemasukan tingkatan satu yang terdiri daripada pelajar-pelajar  sukan yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Bermula dengan tahun ini 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengharapkan semua warga SSWP Seri Titiwangsa, bekerjasama di dalam mencapai kejayaan demi kejayaan,,,, terima kasih.