16 April 2010

URIN TEST PELAJAR-PELAJAR

Pelajar-pelajar menonton video bahaya dan akibat daripada pemgambilan najis dadah dan kesan daripada menghisap rokok di bilik seminar bersama kaunselor pelajar.

Encik Mohd Nur Najmi bin Nuji, Penolong Pegawai Antidadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang memberi penerangan dan penjelasan mengenai program atau aktiviti Urin Test pada hari ini.


Sebahagian pelajar sedang mendengar penjelasan dan taklimat


Pembantu daripada AADK sedang melakukan ujian terhadap air kencing pelajar-pelajar.

Pada 22 Feb 2010 (Isnin) Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasasama daripada Lembaga Disiplin SMKST telah menjalankan aktiviti Ujian Air Kencing (urin test) terhadap pelajar-pelajar. Pihak sekolah telah mendapat kerjasama yang baik daripada Pihak AADK Kebangsaan telah datang ke sekolah menjalankan pemeriksaan air kencing terhadap pelajar-pelajar berkenaan. Seramai 40 pelajar yang telah dipilih di dalam aktiviti ini. Antara objektif program atau aktiviti ini adalah untuk melakukan pencegahan pelajar-pelajar daripada terlibat dengan aktiviti pengambilan najis dadah. Alhamdulillah.. setelah menjalankan ujian air kencing pelajar-pelajar berkenaan, semua pelajar yang terlibat bebas daripada pengambilan najis dadah. TAHNIAH PELAJAR-PELAJAR SMKST.