Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Bengkel Kepimpinan Pengerusi dan Naib Pengerusi Kelab, Persatuan, Badan Uniform dan Permainan pada 8 Feb 2010 di Bilik Seminar SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada barisan kepimpinan pengerusi dan naib pengerusi kelab persatuan, badan uniform dan juga permainan mengenai cara-cara mengurus tadbir organisasi sesebuah kelab atau persatuan. Di samping itu juga memberi motivasi serta dorongan kepada barisan pengerusi dan naib pengerusi di dalam menjalankan tugas dan peranan mereka.Bengkel ini dikendalikan oleh kaunselor sekolah.