11 Januari 2010

PELANCARAN PROGRAM 4 S TAHUN KEDUA :SMKST MENDAPAT SAMBUTAN PELAJAR


 Cikgu Zainal Ariffin (kaunselor) sedang memberi taklimat dan penerangan mengenai Program 4 S iaitu SALAM, SAPA, SENYUM DAN SMART.

 
 Datin Nor Azizah bt Sulaiman (Pengetua SMKST) sedang memberi ucapan pelancaran dan perasmiaan Program 4S

  
 Datin Nur Azizah bt Sulaiman (Pengetua SMKST) memukul gong menandakan perasmiaan dan Pelancaran Program 4 S tahun 2010


 
Datin Nur Azizah bt Sulaiman (Pengetua SMKST) sedang tandatangan pada banting 
Program 4S


 
 
 

 
Datin Nur Azizah bt Sulaiman (Pengetua SMKST) sedang memakai lencana 4S kepada pelajar-pelajar yang dianugerah pelajar 4S


 

 Pelajar-pelajar yang menerima lencana 4S pada Majlis Pelancaran 4S bagi tahun 2010

11 Jan 2010. SMKST. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program 4S. Ini merupakan tahun kedua SMKST melancarkan program 4S. Majlis Pelancaran Program 4S telah dirasmikan oleh Datin Nor Azizah bt Sulaiman selaku pengetua SMKST.


Budaya positif di sesebuah sekolah merupaka suatu perkara yang penting bagi membentuk suasana yang harmoni di sekolah. Tanpa budaya yang positif, sekolah akan menjadi terumbang-ambing dan menyebabkan suasana yang tidak harmoni berlaku. 
Tidak dinafikan penerapan budaya yang positif secara tidak langsung akan dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Maka dengan sehubungan dengan itu, Kempen 4S diadakan bagi menimbulkan suasana positif di kalangan warga SMKST. 4S ini merangkumi kata singkatan bagi SALAM, SAPA, SENYUM DAN SMART.

SALAM:  Iaitu memberi salam (assalamualaikum bagi pelajar-pelajar Islam bila berjumpa dengan guru-guru atau sesama rakan-rakan pelajar Islam). Selain daripada itu, Salam sejahtera (bagi pelajar bukan Islam) bila berjumpa dengan guru yang Islam atau rakan-rakan bukan Islam. Kebaikannya memberi salam dikalangan warga SMKST dapat mengeratkan hubungan sesama warga SMKST dan menjadi suasana yang lebih mesra dan ceria dikalangan warga SMKST.

SAPA:  Iaitu bertanya khabar bila berjumpa, seperti "apa khabar cikgu? Cikgu sihat? Amin bagaimana hari ini? dan sebagainya. Amalan memberi sapa ini akan dapat merapatkan hubungan di antara warga sekolah di antara cikgu dengan pelajar, cikgu dengan cikgu, pelajar dengan pelajar. 

SENYUM:  Iaitu memberikan senyuman dengan ikhlas serta bermanis muka.

SMART:  Iaitu pelajar-pelajar mestilah berpakaian kemas, seperti rambut pendek, kuku dipotong, baju yang lengkap mempunyai name tag, lencana sekolah, dan  memakai tali leher.
 


Diharapkan seluruh warga dapat mengamalkan 4S bagi  membantu pihak sekolah mencapai visi sekolah iaitu SMKST cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2012. Insyallah.