FUZIAH menerima ucapan tahniah daripada murid berikutan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, semalam. |
JOHOR BAHRU: Amalan membaca surah Yasin dan bersalaman dengan guru sebelum memulakan pembelajaran adalah antara resipi kejayaan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (SKBU 2) di sini, yang menjadi kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Guru Besarnya, Fuziah Hasan, berkata dua perkara berkenaan menjadi amalan harian guru dan murid sejak dulu lagi bagi memastikan ilmu dicurahkan secara ikhlas serta mendapat lebih berkat.
"Bersalam dengan guru juga bertujuan mendapat keredaan. Setiap kali murid menghulurkan tangan, guru akan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan murid," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

SKBU 2 yang mempunyai 91 guru dan 1,652 murid adalah antara 20 SBT yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.
Tahun lalu, SKBU 2 menerima Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan pada 2007 pula memenangi Anugerah Sekolah Cemerlang peringkat kebangsaan.
Sementara itu, Ketua Panitia Matematik yang juga satu-satunya guru berbangsa Cina di sekolah berkenaan, Darren Kua, 30, berkata SKBU 2 bertuah kerana mempunyai guru besar seperti Fuziah.

"Beliau tidak henti-henti memberikan kami kekuatan dalam mengajar murid, malah pencapaian subjek Matematik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu mencatat 100 peratus lulus.
"Saya sendiri mendidik murid-murid seperti anak sendiri termasuk memberi tuisyen dan latih tubi sehingga saya tidak kira penat lelah asalkan mereka berjaya," katanya.
Ketua murid, Amin Khalili Roslan, 12, berkata kesungguhan dan keikhlasan guru mencurahkan ilmu menjadi antara faktor kejayaan sekolah berkenaan.
"Sebagai ketua murid pula, saya akan memastikan rakan di sekolah ini berdisiplin dan tidak menyusahkan guru atau ibu bapa, selain komitmen belajar diberikan sepanjang pembelajaran berlangsung di kelas bagi membantu mengekalkan kecemerlangan dan keceriaan di sekolah ini," katanya.
Berita Harian Online: 27 Januari 2010"Saya sendiri mendidik murid-murid seperti anak sendiri termasuk memberi tuisyen dan latih tubi sehingga saya tidak kira penat lelah asalkan mereka berjaya," katanya.
Ketua murid, Amin Khalili Roslan, 12, berkata kesungguhan dan keikhlasan guru mencurahkan ilmu menjadi antara faktor kejayaan sekolah berkenaan.
"Sebagai ketua murid pula, saya akan memastikan rakan di sekolah ini berdisiplin dan tidak menyusahkan guru atau ibu bapa, selain komitmen belajar diberikan sepanjang pembelajaran berlangsung di kelas bagi membantu mengekalkan kecemerlangan dan keceriaan di sekolah ini," katanya.
Komen Kaunselor
Sekolah kita telah melancarkan program 4S... SALAM, SAPA, SENYUM DAN SMART...