12 Ogos 2009

HAYATILAH DAN FAHAMILAH

"TIADA KEJAYAAN TANPA KESUSAHAN" mungkin ramai pelajar yang tidak sedar kewujudan kata-kata di atas yang sudah lama terpapar di situ. Marilah pelajar-pelajar cuba menghayati dan memahami kata-kata di atas.

"
separuh daripada apa yang anda mahu dalam hidup adalah dengan mengetahui apa yang anda perlu korbankan sebelum anda mendapatnya" Ahli Fikir.

Jika hendak berjaya dalam pelajaran, seseorang pelajar perlu berkorban. Banyak yang perlu anda korbankan untuk meraih kecemerlangan pada masa hadapan. Contohnya seperti waktu rehat atau berseronok yang berpanjangan. Waktu bermain, waktu bersama kelurga dan kawan-kawan, berhibur, bersiar-siar dan sebagainya haruslah dikorbankan jika ada kelas atau tugasan pelajaran yang perlu lebih utamakan.

Sebagai remaja sememangnya anda amat suka untuk sentiasa berseronok dan bergembira dengan kawa-kawan. Banyak perkara yang boleh dilakukan bika bersama kawan. Pun Begitu, aktivti yang seumpama ini yang keterlaluan boleh mengalih tumpuan pelajar daripada belajar.

OLEH ITU PASTIKAN ANDA MENGETAHUI APA YANG ANDA KORBANKAN UNTUK MENCARI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.

Dipetikan daripada Buku Mutiara Pelajar oleh Prof Madya Hj. Md. Izuddin Hj. Ali.