05 Julai 2009

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PMR 2009



2 Julai 2009 baru-baru Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKST dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu SMKST telah berjaya mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang teknik-teknik menjawab soalan-soalan Bahasa Melayu di dalam PMR kepada pelajar-pelajar tingkatan 3. Diharapkan dengan ini pelajar-pelajar tingkatan 3 dapat meningkatkan prestasi di dalam matapelajaran Bahasa Melayu dengan lebih cemerlang.