24 Jun 2009

SMKST BERJAYA MENGADAKAN SEMINAR PEMIKIRAN CARA ISLAM






Pada hari ini SMKST telah berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Cara Islam Perubahan dan Cabaran dengan kerjasama JPWP dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Lebih kurang 250 pelajar telah terlibat di dalam program ini. Pelajar Islam yang terlibat dalam seminar ini daripada tingkatan 3, 5 serta 4B, 4D, 4E dan juga 2I dan 2H. Di antara objektif program ini adalah :
  1. Meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap pentingnya paranan dan tanggungjawab membina jati diri.
  2. Membangunakan sahsiah diri dikalangan pelajar bagi menangani cabaran dan isu semasa.
  3. Membina daya tahan dan daya saing supaya mampu menghadapi dan berada dalam sebarang keadaan dan situasi semasa.
  4. Menyuburkan semangat kecintaan, terhadap diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan agama.
Diharapkan selepas ini, kita akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan SPM dan PMR dengan cemerlang dan juga pelajar-pelajar yang bersahsiah mulia serta bertaqwa. Insyallah.