Memaparkan catatan dengan label KEMASUKAN IPTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMASUKAN IPTA. Papar semua catatan

15 Mac 2010

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 dibuka pada 18 Februari 2010 dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf   
  
Tarikh tutup :Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Jun 2010 ditutup pada 02 April 2010 (Jumaat).
 

Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011 
sila layari http://upu.mohe.gov.my/  Fasa 2 bermula dari 02 Februari - sehingga 30 Mac 2010. 
Pelajar-pelajar digalakkan mendapat bimbingan daripada kaunselor di dalam membuat pemilihan kursus.

03 Februari 2010

Semakan program matrikulasi sesi 2010/2011 mulai 8 Februari

 
PUTRAJAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan program matrikulasi sama ada dengan mengisi borang OMR atau melalui internet, boleh mengemaskini permohonan mereka mulai 8 hingga 19 Februari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini, peluang ini diberi bagi membolehkan pemohon membuat pilihan kolej dan pembetulan alamat, nombor telefon serta e-mel.

Semakan dan pindaan boleh dibuat dengan melayari laman web, www.moe.gov.my dan terus ke pautan Prauniversiti dan seterusnya ke Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011. 
Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran untuk membuat pindaan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja. - Bernama 

dipetik daripada BERITA HARIAN ONLINE

22 Januari 2010

SYARAT KEMASUKAN IPTA LEPASAN SPM SESI 2010


 

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :-

Warganegara Malaysia dan
Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:

Semua program Asasi di UIAM;
Semua program Asasi Sains di UM; dan
Semua program pengajian di UiTM;

04 Disember 2009

MAKLUMAN PENTING KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 :PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA 2010


Salam, pelajar-pelajar yang telah membeli no pink untuk kemasukan ke IPTA bagi sesi 2010 ini sila melayari internet ke laman web Kementerian Pengajian Tinggi.
Di antara perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar ialah :
1. Memasukkan maklumat diri (fasa pertama).