Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan

30 April 2012

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2012

27 April 2012- Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2012 dengan jayanya. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Sri Zulhasnan bin Rafique,  Ahli Palimen Setiawangsa. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang telah berjaya menerima anugerah cemerlang ini dan diharapkan dapat membakar semangat juang untuk berusaha dan seterusnya berjaya menempah kejayaan demi kejayaan di masa-masa akan datang.

05 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 36

03 Mac 2012 - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 36 dengan lancarnya. Tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa dan guru yang telah bersama-sama menjayakan mesyuarat ini. Terima kasih!

 







Senarai Ahli Jawantan Kuasa
Persatuan Ibu Bapa & Guru  ( PIBG)  2012/2013

04 Oktober 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN 4 TAHUN 2011

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 YANG BERMINAT MEMOHON KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN 4 SESI 2011 SILA MASUK DI SINI.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 4 TAHUN 2011

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 YANG BERMINAT UNTUK MEMOHON KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2011 SILA MASUK DI SINI

03 Mei 2010

SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM RENDAH SESI 2010


Salam, kepada semua pelajar2 tingkatan 5 tahun 2009, boleh buat semakan nama pelajar yang dapat kemasukan ke tingkatan enam sesi 2010 melalui datang ke sekolah atau SEMAK DISINI.

23 Mac 2010

SEMINAR INSPIRASI BIJAK BELAJAR BERSAMA DR SHUKRI ABDULLAH

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 daripada SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur seramai 11 orang pelajar yang sedang menyertai Seminar Inspirasi bijak Belajar Bersama Dr Shukri Abdullah.







11 Januari 2010

MESYUARAT AGONG RUMAH SUKAN 2010


 
 
  
 
 Pada 8 Jan 2010 
Mesyuarat Agong Rumah Sukan

08 Januari 2010

SURAU SEKOLAH SMKST BERWAJAH BARU



Tahniah syabas kepada Panitia Pendidikan Islam dan ustaz dan ustazah SMKST dan juga pelajar-pelajar Islam kerana telah menceriakan surau sekolah. Semoga pelajar-pelajar lebih selesa beribadat dan rajin datang surau sekolah.

06 Januari 2010

PERMOHONAN PERTUKARAN KELAS BAGI PELAJAR TINGKATAN 4


Pelajar-pelajar Tingkatan 4 boleh memohon pertukaran kelas yang ditawarkan pada minggu depan 13 Jan 2010 (rabu). Pelajar-pelajar yang berminat untuk melakukan pertukaran kelas (kecuali kelas 4K: kelas MPV) bolehlah datang ke bilik kaunseling berjumpa dengan kaunselor pada waktu 6 pada pukul 11.10 pagi . Segala rayuan selepas tarikh tersebut mungkin tidak akan dilayan. Kerjasama pelajar-pelajar amat-amat diharapkan. Terima kasih.

SESI TEMUDUGA KEMASUKAN KE KELAS MPV



Cikgu Zul sedang menjalani sesi temuduga pelajar-pelajar yang memohon kemasukan ke kelas MPV di Bilik Bombingan dan Kaunseling. Keputusan temuduga ini akan diberitahu pada 6 Jan 2010 (rabu).

PROGRAM ORENTASI TINGKATAN 4 SESI 2010



Ustaz Wan Hamdan sedang menyampaikan taklimat dan penerangan bagi matapelalajaran Tasawwur Islam




Pelajar-pelajar tingkatan sedang mendengar taklimat dan penerangan mengenai pakej matapelajaran yang ditawarkan ke tingkatan 4 sesi 2010 yang disampaikan oleh kaunselor sekolah.




PAKEJ MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN OLEH PIHAK SEKOLAH

MATAPELAJARAN TERAS (WAJIB):

  1. BAHASA MELAYU
  2. BAHASA INGGERIS
  3. SEJARAH
  4. PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
  5. MATEMATIK
  6. SAINS

TINGKATAN 4B

  1. FIZIK
  2. KIMIA
  3. BIOLOGI
  4. MATEMATIK TAMBAHAN

TINGKATAN 4D

  1. FIZIK
  2. KIMIA
  3. LUKISAN KEJUTERAAN
  4. MATEMATIK TAMBAHAN

TINGKATAN 4E

  1. PRINSIP AKAUN
  2. PERDAGANGAN
  3. PENDIDIKAN SENI

TINGKATAN 4H/I

  1. PENDIDIKAN SENI/ TASAWWUR ISLAM

TINGKATAN 4K

1. PENDAWAIAN ELEKTRIK



04 Januari 2010

HARI PERTAMA SEKOLAH SESI 2010: SEKOLAH SUKAN NEGERI

Pelajar-pelajar sedang memberi tumpuan semasa kaunselor memberi taklimat dan ucapan selamat datang ke sekolah bagi sesi 2010.


Encik Hanif bin Husein selaku Ketua Guru Disiplin memberi taklimat mengenai peraturan sekolah dan disiplin bagi sesi 2010.


Tiga orang pelajar ini telah dipersilakan hadir ke atas pentas bagi memperkenalkan diri kerana telah berjaya mendapat 8A dan 7 A di dalam peperiksaan PMR 2009. Tahniah dan syabas.


Pengetua SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur, Datin Nor Azizah bt Sulaiman sedang memberi ucapan penghargaan dan tahniah kepada 3 orang yang telah berjaya memperolehi 8A dan 7A di dalam PMR 2009.


Pada hari ini, 4 Januari 2010 merupakan hari pertama sesi persekolahan 2010. Walaupun suasana pada pagi ini hujan dan basah tetapi semangat pelajar-pelajar SMKST melangkah kaki ke sekolah. Pukul 7 pagi, pelajar telah memenuhi dewan terbuka. Pada hari ini, perhimpunan rasmi pagi isnin tidak dapat dijalankan di tapak perhimpunan kerana suasana hujan dan basah. Perhimpunan pada hari ini terpaksa dijalankan di dewan terbuka.

Perhimpunan rasmi pada pagi ini dimulakan dengan ucapan dan aluan ketua pengawas, bacaan doa, lagu negaraku, lagu wilayah, bacaan ikrar rukun negara, bacaan ikrar pelajar, taklimat dan pengumuman oleh guru bertugas pada minggu ini, ucapan kaunselor, taklimat buku teks, taklimat Ketua Guru Disiplin dan akhir sekali ucapan pengetua.

Pada tahun ini, terdapat beberapa perubahan di SMKST. Pada pagi ini tidak ada pelajar-pelajar daripada tingkatan satu dan peralihan. Pengetua SMKST telah membuat pengumuman dengan rasminya sekolah SMKST ini akan dijadikan sebagai SEKOLAH SUKAN NEGERI BAGI KUALA LUMPUR. Dimana pada 15 januari akan datang pelajar-pelajar tingkatan satu bagi sekolah sukan akan datang mendaftarkan diri. SMKST yang sekarang ini dikenali sebagai sekolah lelaki akan dipecahkan sejarahnya kerana 40 pelajar perempuan sukan akan turut mendaftarkan diri pada 15 Januari akan datang.

29 Disember 2009

TAHNIAH :PELAJAR SMKST CEMERLANG PMR 2009


SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG PMR 2009
PELAJAR YANG MENDAPAT 8A
1. YAP WEI YONG : TINGKATAN 3I

2. ARIFF IKMAL MOHD ALI : TINGKATAN 3I


PELAJAR YANG MENDAPAT 7A
1. GAN YEE THONG : TINGKATAN 3I


PELAJAR YANG MENDAPAT 7A 1B
1. ISKANDAR ZULKARNAIN : TINGKATAN 3I


PELAJAR YANG MENDAPAT 6A

1. EZANIL DARNO : TINGKATAN 3I

2. MUHAMMAD NUR SHAHADAN : TINGKATAN 3I

3. PANG LIAN HAO : TINGKATAN 3I

PELAJAR YANG MENDAPAT 5A
1. ADLI PUTERA RAAZALI : TINGKATAN 3I

2. AL AKMAL KAMARUZAMAN : TINGKATAN 3I

3. HOR YAN HAN :TINGKATAN 3I

4. MATIN IKHTIZAR KHAIRAT : TINGKATAN 3I

5. MUHAMMAD SYAFIQ MAHADZIR : TINGKATAN 3I

6, TAN CHOR YIK : TINGKATAN 3I

PELAJAR YANG MENDAPAT 4A

1. FEQRI FARHANAN : TINGKATAN 3I

2. DZUL HAZERIE MOHD NUR : TINGKATAN 3I
3. MUHAMMAD SYAMIM ALIAS : TINGKATAN 3I


PELAJAR YANG MENDAPAT 3A
1. AHMAD SUFIYAN ABDULLAH : TINGKATAN 3I

2. IVAN DE SOUZA : TINGKATAN 3I

3. KAR THIGHEYAN : TINGKATAN 3I

4. HAFIZ RASHID : TINGKATAN 3I

5. MOHD DANIAL WAHID : TINGKATAN 3I

6. WAN SIM GIM : TINGKATAN 3I
7. LOO LOK HAUR : TINGKATAN 3H

8. MOHD NIZAM SHAH : TINGKATAN 3H

9. KHAIRUL ANUAR : TINGKATAN 3E


Kaunselor mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang ini. Bagi pelajar yang kurang cemerlang, teruskan usaha... tetapkan matlamat anda pada tahun 2010 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi ini dengan azam dan cita-cita untuk berjaya di dalam SPM 2011 nanti. Manakala, pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam PMR ini, gandakan usaha anda dan tetapkan matlamat dan cita-cita untuk mencipta kejayaan yang lebih kecemerlang di dalam SPM 2011.