Kerjaya Di bidang Pemasaran Bidang pemasaran adalah pengkajian tentang kehendak pelanggan dan pembekalnya dengan mendapatkan keuntungan. Pengurusan jabatan jualan dan pemasaran merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau pertubuhan di bawah bimbingan pengarah syarikat serta rundingan dengan pengurusan Jabatan lain atau seksyen lain.
Keterangan Tugas
Mencari dan menganalisa keperluan pelanggan dan mengesyorkan tindakan;
Merancang produk baru dan mengubahsuai yang ada;
Merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran;
Merancang, mentadbir dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan serta mengeratkan hubungan dengan pelanggan;
Menentukan senarai harga, diskaun dan cara penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan piawaian perkhidmatan pelanggan, galakan khas dan kempen khas;
Mengarah kaedah dagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja, jurnal atau menguruskan perlantikan ejen dan pengedar;
Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
Mengawasi perkhidmatan pelanggan, invois, pembayaran dan kos pentadbiran;
Menyediakan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
Merancang dan mengarah operasi harian;
Mengawal selia pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan;
Mewakili Jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam pertubuhan atau dengan badan-badan luar;
Berhubung dengan agensi pengiklanan atau pembahagian pengiklanan mereka sendiri;
Menentukan produk itu boleh didapati di tempat yang betul dan pada masa yang tepat;
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang IniDiantaranya:
Pengurus Jualan Dan Pemasaran
Pengurus Produk/Jenama
Pengurus Penyelidikan Pasaran
Pengurus Pengiklanan
Wakil Jualan Teknik dan Perdagangan
Ciri-Ciri Peribadi
Kematangan
Dorongan yang kuat
Fleksibel
Tegas
Berkomunikasi dengan gaya yang meyakinkan dalam penulisan dan pertuturan.
Mempunyai personaliti yang ramah
Berperawatakan kemas
Bercita-cita tinggi
Persistan tanpa terlalu agresif
Sosial
Teratur dan bekerja dengan berkaedah
Kelulusan
Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (pemasaran).
*Kelayakan untuk kemasukan adalah agak berbeza bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan. Sesetengah organisasi memerlukan kakitangan pemasaran mereka memiliki diploma atau ijazah yang berhubung dengan jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. (misalnya Kimia atau Kejuruteraan).
Gaji Dan faedah-Faedah Lain
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bergantung keseluruhannya pada usaha dan prestasi dan kemajuan dalam bidang ini adalah baik bagi mereka yang telah dilatih dengan sempurna untuk mengetuai sesebuah kumpulan. Syarikat melantik Pengurus kawasan dan regional, yang bertanggungjawab mencapai sasaran jualan di samping mendorong dan memberikan bantuan sampingan kepada tenaga penjual. Kesalahan mereka yang terlibat dalam pemasaran lebih senang diiktiraf dan selalunya diberi ganjaran yang setimpal. Menilai dari segi banyaknya iklan yang terdapat dalam surat khabar, peluang bagi kakitangan pemasaran yang berpengalaman dan terlatih di negara ini adalah cerah.
Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Institut Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Tersebut Adalah:
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf dengan kepujian Bahasa Malaysia, STPM sekurang-kurangnya Grad D dalam Ekonomi atau Perakaunan, Pengurusan Perniagaan.
| Wakil Jualan Teknik Dan Perdagangan |
Keterangan Tugas
Ciri-Ciri Peribadi
Kelulusan
SPM
Diploma pengurusan perniagaan (pemasaran) dan bergantung kepada jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. (misalnya kimia atau kejuruteraan).
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Kerjaya di bidang in kebanyakannya wujud di sector swasta dan gaji permulaan bagi wakil Jualan Teknik dan perdagangan.
Prospek kerjaya bergantung keseluruhan pada prestasi dan daya usaha diri pekerja yang menceburi bidang ini. Kebolehan mereka yang terlibat dalam pemasaran lebih senang diiktiraf dan selalunya diberi ganjaran yang setimpal.