03 Januari 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2010

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia. Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah memberi kesempatan dan hidayah kepada kita untuk melangkah ke sekolah di tahun baru 2010. Di harapkan semua pelajar telah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk hadir ke sekolah. Selain daripada berpakaian seluar, baju, kasut, stokin, beg sekolah yang semua baru, pelajar juga mestilah mempunyai azam dan matlamat yang baru.

Bagi pelajar di tingkatan satu pada tahun 2009 telah melangkah ke tingkatan dua pada tahun 2010 dan seterusnya bagi tingkatan-tingkatan lain akan melangkah satu tingkatan. Bukan tingkatan sahaja akan meningkat, umur kita akan turut meningkat.

Segala kejayaan pada tahun 2009 dijadikan sebagai pendorong semangat kepada pelajar-pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih supaya pada tahun 2010 ini kita akan terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang. Dan sekiranya pada tahun 2009 yang lepas banyak kesilapan dan kegagalan kita, maka jadikannya sebagai panduan dan pengajaran kepada kita supaya tidak lagi melakukan kesilapan yang sama pada tahun 2010 ini.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan di dalam di tahun 2010 ini...
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN AZAM DAN MATLAMAT YANG BARU ....