04 Januari 2010

HARI PERTAMA SEKOLAH SESI 2010: SEKOLAH SUKAN NEGERI

Pelajar-pelajar sedang memberi tumpuan semasa kaunselor memberi taklimat dan ucapan selamat datang ke sekolah bagi sesi 2010.


Encik Hanif bin Husein selaku Ketua Guru Disiplin memberi taklimat mengenai peraturan sekolah dan disiplin bagi sesi 2010.


Tiga orang pelajar ini telah dipersilakan hadir ke atas pentas bagi memperkenalkan diri kerana telah berjaya mendapat 8A dan 7 A di dalam peperiksaan PMR 2009. Tahniah dan syabas.


Pengetua SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur, Datin Nor Azizah bt Sulaiman sedang memberi ucapan penghargaan dan tahniah kepada 3 orang yang telah berjaya memperolehi 8A dan 7A di dalam PMR 2009.


Pada hari ini, 4 Januari 2010 merupakan hari pertama sesi persekolahan 2010. Walaupun suasana pada pagi ini hujan dan basah tetapi semangat pelajar-pelajar SMKST melangkah kaki ke sekolah. Pukul 7 pagi, pelajar telah memenuhi dewan terbuka. Pada hari ini, perhimpunan rasmi pagi isnin tidak dapat dijalankan di tapak perhimpunan kerana suasana hujan dan basah. Perhimpunan pada hari ini terpaksa dijalankan di dewan terbuka.

Perhimpunan rasmi pada pagi ini dimulakan dengan ucapan dan aluan ketua pengawas, bacaan doa, lagu negaraku, lagu wilayah, bacaan ikrar rukun negara, bacaan ikrar pelajar, taklimat dan pengumuman oleh guru bertugas pada minggu ini, ucapan kaunselor, taklimat buku teks, taklimat Ketua Guru Disiplin dan akhir sekali ucapan pengetua.

Pada tahun ini, terdapat beberapa perubahan di SMKST. Pada pagi ini tidak ada pelajar-pelajar daripada tingkatan satu dan peralihan. Pengetua SMKST telah membuat pengumuman dengan rasminya sekolah SMKST ini akan dijadikan sebagai SEKOLAH SUKAN NEGERI BAGI KUALA LUMPUR. Dimana pada 15 januari akan datang pelajar-pelajar tingkatan satu bagi sekolah sukan akan datang mendaftarkan diri. SMKST yang sekarang ini dikenali sebagai sekolah lelaki akan dipecahkan sejarahnya kerana 40 pelajar perempuan sukan akan turut mendaftarkan diri pada 15 Januari akan datang.