13 November 2009

GALERI SENI SMK SERI TITIWANGSA, KUALA LUMPUR





Baru-baru ini, 12 /11/2009 saya telah berkesempatan masuk ke dalam bilik seni sekolah yang sedang diubah suai oleh cikgu-cikgu bersama-sama pelajar-pelajar tingkatan 3 di dalam Program Selepas PMR. Saya sempat juga meninjau sekitar di dalam bilik seni tersebut, saya tertarik dengan satu sudut yang tersimpan barang-barang seni hasil buah tangan pelajar-pelajar SMKST. Saya mendapati hasil seni pelajar ini sangat menarik dan mendalam seninya. Walaupun di dalam peringkat awal. Tetapi apa pun dapat saya bangga mempunyai pelajar-pelajar yang mempunyai bakat seni yang boleh diasah dan dibimbing. Dan saya merasakan sekiranya pelajar ini diberi peluang belajar di dalam bidang seni akan boleh berjaya menjadi "orang seni". Terlintas di fikiran saya, mungkin aura Balai Seni telah meresap masuk ke dalam hati nurani pelajar-pelajar SMKST yang setiap hari lalu dan melihat Balai Seni lukis yang tersengam indah.