01 September 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM


Di kesempatan ini, kaunselor mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan percubaan SPM kepada semua pelajar tingkatan lima. Anggaplah peperiksaan percubaan ini sebagai satu peperiksaan yang penting. Ini adalah kerana keputusan peperiksaan percubaan ini menjadi tanda aras tahap kemampuan pelajar-pelajar daripada segi persediaan menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar pada bulan November nanti.

Oleh itu, buatlah segala persiapan dan persediaan yang secukupnya. Gunakan segala teknik dan kemahiran menghadapi peperiksaan yang telah didedahkan oleh guru-guru di dalam kelas sebelum ini. Walaupun pada masa sekarang pelajar-pelajar Islam sedang menghadapi bulan puasa, kemungkinan sedikit penat, letih dan mengantuk dan sebagainya. Tetapi sewajibnya fikirlah sebagai positif sebagai bulan yang memberi seribu kerahmatan dan keberkatan. Semoga Allah S.W.T memberi segala kesenangan dan kemudahan di dalam mengulangkaji pelajaran. Banyakkan berdoa dan tidak tinggal puasa serta menunaikan solat lima waktu dan solat sunat terawih. Di mana memberi peluang untuk pelajar-pelajar mengulangkaji pada waktu pagi sebelum bersahur.

Akhir kata, SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAN KITA BERJUMPA DI MENARA KECEMERLANGAN......