28 September 2009

Antara perkara baik yang perlu dilakukan oleh remaja


  • Menyempurnakan kewajipan kepada Tuhan [ Allah ].
  • Menghormati ibubapa.
  • Membantu ibubapa.
  • Menggunakan masa dengan baik.
  • Belajar bersungguh-sungguh.
  • Bekerja dengan bersungguh-sungguh.
  • Mematuhi peraturan dan undang-undang.
  • Perlu mencapai kecemerlangan diri.
  • Menyedari bahawa Tuhan menjadikan kita yang terbaik.
  • Berusaha mengatasi kelemahan diri masing-masing.
  • Mempertingkatkan ciri kelebihan diri.

Peranan remaja terhadap diri :

  • Tidak merosakkan diri.
  • Melakukan ibadah.
  • Memelihara kesihatan.
  • Belajar bersungguh-sungguh.
  • Memelihara maruah diri.

Peranan remaja terhadap keluarga :

  • Hormati dan taati ibubapa.
  • Menjaga nama baik dan maruah keluarga.
  • Berbakti kepada ibubapa sama ada semasa masih hidup atau selepas mereka meninggal dunia.
  • Membantu ibubapa.
  • Menjaga harta benda keluarga.

Peranan remaja terhadap masyarakat :

  • Berhubung mesra.
  • Membantu masyarakat.
  • Mematuhi peraturan.
  • Memelihara keamanan
  • Memelihara harta benda awam.

Peranan remaja terhadap negara :

  • Mematuhi undang-undang.
  • Menjaga nama baik negara.
  • Berbakti kepada negara.
  • Taat setia kepada negara.

petikan daripada laman web PPD Besut Terengganu.