05 Ogos 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR
KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3.


Peperiksaan Percubaan akan bermula pada 10 - 17 Ogos . Kaunselor berharapkan semua pelajar buat persiapan yang secukupnya. Bermula daripada sekarang dan di saat ini, beri tumpuan sepenuh terhadap pelajaran seperti isikan masa dengan mengulangkaji pelajaran, banyakkan membuat latihan menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas, berilah tumpuan 100 peratus semasa guru mengajar di dalam kelas (mata, telinga, fikiran dan tangan).

Dan perkara yang penting juga tinggalkan aktiviti yang tidak berfeadah seperti bermain game, mengunjungi CC, menonton tv, bermain SMS, mendengar MP3, keluar lepak bersama-sama kawan-kawan di waktu malam, melawan guru atau cuba melakukan perkara yang menimbulkan masalah dengan guru-guru dan menghabiskan masa dengan bersembang kosong dengan kawan-kawan.

Selain daripada itu, banyak solat, membaca al-quran, solat hajat (bagi pelajar Islam) dan jangan lupa memohon maaf dengan guru-guru dan juga ibu bapa.

Anggaplah peperiksaan percubaan ini sebagai peperiksaan yang sebenarnya.