09 Julai 2009

SALAH GUNA DI RUANGAN PESANAN

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.
Pertama sekali saya memohon maaf kepada semua yang telah melayari blog tanyalah kaunselor ini pada 8 Julai 2009 dan juga semalam 9 Julai 2009 kerana terdapat 3 orang yang telah dikenal pasti salah guna blog ini menulis perkara-perkara yang tidak berfeadah (yang tidak perlu ditulis disini) di ruang PESANAN yang mungkin boleh menganggu pengguna blog tanyalah kaunselor yang lain.
Demi kebaikan bersama ruang PESANAN telah ditutup buat sementara waktu.
Untuk pengetahuan semua, khas pelajar-pelajar SMKST. Blog ini dibuat untuk tujuan kemudahan pelajar-pelajar berhubung dengan saya. Di samping untuk memberi maklumat dan bimbingan kepada semua pelajar. Selain daripada itu, pelajar boleh meluahkan masalah dan juga boleh berkongsi cerita di samping mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini. Pelajar boleh bertanya dan berkongsi masalah melalui email kaunselorsmkst@yahoo.com.
Kepada mereka telah menulis perkara yang tidak berfeadah di ruang PESANAN, sila berjumpa dengan saya sebelum perkara ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk maklumat semua, pihak SKMM dapat mengesan tempat dan nama mereka yang melakukan kesalahan internet melalui IP walaupun melakukan penyamaran. Sekian terima kasih.