22 Julai 2009

BENGKEL MENULIS RESUME DAN TEMUDUGA






Pada 16 Julai 2009 baru-baru ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama dengan PTPTL Ampang dengan mengadakan bengkel penulisan resume dan temuduga. Tingkatan yang terlibat dengan bengkel ini ialah Tingkatan 5 Bestari, 5 Dinamik, 5 Kreatif dan 5 Intelek. Objektif Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan Bengkel Penulisan Resume dan Temuduga adalah untuk memberi pendedahan tentang cara-cara untuk menulis resume dan dan sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga apabila selepas tamat alam persekolahan. Dan sebagai persediaan sebelum langkah ke alam kerjaya. Daripada pemerhatian, pihak UBK mendapati pelajar-pelajar amat berminat serta memberi respon yang amat positif mengenai bengkel yang telah dijalankan.