14 Jun 2009

BIDANG PEMASARAN

Kerjaya Di bidang Pemasaran

Bidang pemasaran adalah pengkajian tentang kehendak pelanggan dan pembekalnya dengan mendapatkan keuntungan. Pengurusan jabatan jualan dan pemasaran merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau pertubuhan di bawah bimbingan pengarah syarikat serta rundingan dengan pengurusan Jabatan lain atau seksyen lain.
Keterangan Tugas
Mencari dan menganalisa keperluan pelanggan dan mengesyorkan tindakan;
Merancang produk baru dan mengubahsuai yang ada;
Merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran;
Merancang, mentadbir dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan serta mengeratkan hubungan dengan pelanggan;
Menentukan senarai harga, diskaun dan cara penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan piawaian perkhidmatan pelanggan, galakan khas dan kempen khas;
Mengarah kaedah dagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja, jurnal atau menguruskan perlantikan ejen dan pengedar;
Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
Mengawasi perkhidmatan pelanggan, invois, pembayaran dan kos pentadbiran;
Menyediakan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
Merancang dan mengarah operasi harian;
Mengawal selia pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan;
Mewakili Jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam pertubuhan atau dengan badan-badan luar;
Berhubung dengan agensi pengiklanan atau pembahagian pengiklanan mereka sendiri;
Menentukan produk itu boleh didapati di tempat yang betul dan pada masa yang tepat;
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang IniDiantaranya:
Pengurus Jualan Dan Pemasaran
Pengurus Produk/Jenama
Pengurus Penyelidikan Pasaran
Pengurus Pengiklanan
Wakil Jualan Teknik dan Perdagangan
Ciri-Ciri Peribadi
Kematangan
Dorongan yang kuat
Fleksibel
Tegas
Berkomunikasi dengan gaya yang meyakinkan dalam penulisan dan pertuturan.
Mempunyai personaliti yang ramah
Berperawatakan kemas
Bercita-cita tinggi
Persistan tanpa terlalu agresif
Sosial
Teratur dan bekerja dengan berkaedah
Kelulusan
Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (pemasaran).
*Kelayakan untuk kemasukan adalah agak berbeza bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan. Sesetengah organisasi memerlukan kakitangan pemasaran mereka memiliki diploma atau ijazah yang berhubung dengan jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. (misalnya Kimia atau Kejuruteraan).
Gaji Dan faedah-Faedah Lain

Sektor pembuatan
RM1,749.00 - RM3460.00
Sektor Bukan Pembuatan
RM1,970.00 - RM3669.0
Kerjaya di bidang ini kebanyakannya wujud di sektor swasta dan gaji permulaan bagi Eksekutif Jualan dan Pemasaran banyak bergantung kepada sektor perindustrian yang diceburi
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bergantung keseluruhannya pada usaha dan prestasi dan kemajuan dalam bidang ini adalah baik bagi mereka yang telah dilatih dengan sempurna untuk mengetuai sesebuah kumpulan. Syarikat melantik Pengurus kawasan dan regional, yang bertanggungjawab mencapai sasaran jualan di samping mendorong dan memberikan bantuan sampingan kepada tenaga penjual. Kesalahan mereka yang terlibat dalam pemasaran lebih senang diiktiraf dan selalunya diberi ganjaran yang setimpal. Menilai dari segi banyaknya iklan yang terdapat dalam surat khabar, peluang bagi kakitangan pemasaran yang berpengalaman dan terlatih di negara ini adalah cerah.
Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Utara Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Teknologi MARA
Kolej Tunku Abdul Rahman
Institut Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Tersebut Adalah:
HELP INSTITUTE Sdn. Bhd.
Institut Sarjana
International College, Penang
Kolej IKRAM
Millennium Institute Of Tecchnology
Pusat Technologi DanN Pengurusan Lanjutan (PTPL)
SEDAYA College
Sepang Institute Of Technology
Sunway College
Systemmatic Education Group Bhd.
Taylors College
Universiti Tenaga Nnasional
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf dengan kepujian Bahasa Malaysia, STPM sekurang-kurangnya Grad D dalam Ekonomi atau Perakaunan, Pengurusan Perniagaan.
Wakil Jualan Teknik Dan Perdagangan

Keterangan Tugas
Menyusun senarai bakal pelanggan dengan menggunakan buku panduan perdagangan dan sumber lain,
Memperoleh dan mengemaskinikan pengetahuan berkenaan produk keluaran majikan dan pesaing serta memahami pasaran,
Mendapatkan pesanan dan menjual barangan kepada peruncit, perusahaan, pemborong dan pertubuhan lain,
Menjual peralatan, bekalan dan perkhidmatan teknik yang berkaitan kepada pertubuhan perniagaan atau individu
Memberi bakal pelanggan maklumat umu dan khusus serta ciri-ciri dan fungsi mengenai peralatan yang hendak dijual dan melakukan demonstrasi mengenai penggunaannya
Menyatakan dan merundingkan harga, syarat-syarat kredit, mengikut kontrak dan merekod pesanan.
Mengatur penghantaran barangan, pemasangan peralatan dan penyediaan perkhidmatan
Membuat susulan ke atas pelanggan bagi memastikan kepuasan bagi produk yang dibeli dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.
Melaporkan kekpada pengurusan jualan menenai jualan yang di buat dan produk yang boleh dipasarkan.
Melaporkan reaksi dan keperluan pelanggan kepada pengilang
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Menyelia pekerja lain
Ciri-Ciri Peribadi
Bersungguh-sungguh
Bercita-cita tinggi
Optimistik
Yakin diri
Bebas dan suka berbahasa
Cergas
Persisten tanpa terlalu agresif
Kelulusan
SPM
Diploma pengurusan perniagaan (pemasaran) dan bergantung kepada jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. (misalnya kimia atau kejuruteraan).
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Kerjaya di bidang in kebanyakannya wujud di sector swasta dan gaji permulaan bagi wakil Jualan Teknik dan perdagangan.


Sektor Pembuatan
Sektor Bukan Pembuatan
Dengan Komisen
RM - 750.00
RM - 750.00 - RM1316.00
Tanpa Komisen
RM1407.00
RM1160.00 - RM1624.00
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bergantung keseluruhan pada prestasi dan daya usaha diri pekerja yang menceburi bidang ini. Kebolehan mereka yang terlibat dalam pemasaran lebih senang diiktiraf dan selalunya diberi ganjaran yang setimpal.