14 Jun 2009

BIDANG JURU UKUR

Kerjaya dibidang Juru Ukur

Kerjaya dibidang Juru Ukur

Keterangan Kerja

Pekerjaan Juru Ukur merangkumi pelbagai kemahiran dan teknik yang kadangkalanya bertindih dengan menggunakan sumber tanah dan laut yang semula jadi atau yang di bina oleh manusia serta menyediakan atau menyemak peta dan carta atau pelan dalam bentuk digital ,grafik dan bergambar . Oleh itu mereka menggabung pelbagai kemahiran dengan cara yang berbeza untuk berkhidmat dalam pengkhususan tersebut yang dibantu oleh juru teknik ukur dan pembantu lain dalam kumpulan ukur.

Pekerjaan Yang Tergolong Atau Dikelaskan Dalam Bidang Ukur Adalah Seperti Berikut :

  • Juru Ukur Am
  • Ahli Kartografi
  • Juru Ukur Tanah
  • Juru Ukur Lombong
  • Juru Ukur Hidrografi
  • Juru Ukur Udara
  • Ahli Fotogrametrik
  • Juru Ukur Binaan
  • Juru Ukur Tani
  • Juru Ukur Bahan
Juru Ukur Tanah

Keterangan Tugas

Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan sempadan harta tanah,

Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan,

Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin,

Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara,

Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain, imejan satelit dan data kaji ukur bagi menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain,

Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik , estetik dan ekonomi bagi pengeluaran peta,

Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan persembahan bergambar serta menguruskan sistem maklumat berautomatik,

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur dan pengukuran fotogrametrik, system kadaster(pemegang tanah) dan tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa lain,

Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu,

Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain yang berkaitan,

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.


Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Juru Ukur

Fikiran lojik dan teratur,

Hasil kerja yang kemas dan tepat,

Berkemahiran menderaf,

Minat dalam sains, teknologi dan alam sekitar,

Keadaan fizikal yang baik untuk kerja luar yang kadangkalanya melibatkan bentuk muka bumi yang sukar,

Kecenderungan dalam penomboran,

Kemahiran berunding dan berkomunikasi,

Kebolehan menimbang kesan daripada perundangan dan alam sekitar.


Kelulusan Yang Diperlukan

Ijazah Serjana Muda dalam bidang ukur tanah.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :
Gaji Permulaan
RM 1,591.70 - RM 3,551.90
ETP
RM 165.00
EKA
RM 170.00


Sektor Swasta :
Gaji Permulaan
RM 1,990 - RM 2,770


Prospek Kerjaya

Disektor awam mereka berpeluang meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan kejawatan utama yang terdapat disektor awam.

Sementara itu di sector swasta pula mereka berpeluang menjadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka firma perundingan di bidang yang berkenaan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

Universiti Malaya

Politeknik

Universiti Teknologi Malaysia

Kolej Tunku Abdul Rahman


Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang menyediakan Kursus Tersebut :-

L&G-Twintech Institute of Technology

Sunway College

Taylor's College


Syarat Kemasukan

SPM/SPVM atau yang setaraf dengan lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan kepujian dalam matematik, fizik, dan sains tambahan(diploma) atau 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik serta STPM,A Level dan Diploma.

Pembantu Jurukur

Keterangan Kerja

Seseorang Pembantu Jurukur menjalankan tugas-tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurukur am dengan menyumbangkan kepada pengukuran dan penyeliaan laporan pengukuran . Mereka membantu dalam pengukuran tanah lapang dan tapak , mengatur dan membetulkan peralatan pengukuran dan mengambil dan merekod ukuran dan data-data lain . Mereka menjalankan pengiraan terperinci dan membantu dalam penyediaan laporan pengukuran . Dalam agensi kerajaan mereka boleh di gelar sebagai Pembantu Teknik Ukur atau Juruteknik Ukur atau Juruteknik Rendah Ukur atau mengikut jadual tugas yang di jalankan.

Ciri-Ciri Peribadi

Fikiran lojik dan teratur

Hasil kerja yang kemas dan teratur

Berkemahiran menderaf

Kemahiran berunding dan berkomunikasi


Gaji Dan Faedah-Faedah Lain



Sektor Awam :
i. Pembantu Teknik Ukur
RM 925.10 - RM 1288.10
ETP
RM 135.00
EKA
RM 80.00
ii.Juruteknik ukur
RM 485.00 - RM 1,104.40
ETP
RM 135.00
EKA
RM 80.00


Sektor Swasta :
Gaji Permulaan
RM 1,900.00 - RM 6,400.00


Kelulusan Yang Diperlukan

Di sektor swasta kelayakan yang di perlukan untuk jawatan ini adalah diploma dalam bidang ukur tanah dan seseorang yang memiliki sijil kejuruteraaan awam dari piliteknik serta mempunyai beberapa tahun pengelaman dalam bidang tersebut boleh juga di pertimbangkan untuk jawatan ini.

Di sektor awam bagi jawatan Pembantu Teknik Ukur kelayakan yang di perlukan adalah diploma ukur tanah, bagi jawatan Juruteknik Ukur kelayakan yang di perlukan adalah sijil dalam bidang ukur tanah dari politeknik yang di iktiraf (Politeknik Ungku Omar Ipoh dan Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan ) atau SPM/SPMV serta lulus Bahasa Malaysia , dan bagi jawatan Juruteknik Rendah kelayakan yang di perlukan ialah SRP@ PMR.

Latihan sambil kerja biasanya di aturkan oleh pihak majikan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain institusi tempatan menawarkan kursus di peringkat diploma dan persijilan seperti berikut :-

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menawarkan Kursus :-
i .






Universiti Teknologi Malaysia (UTM) :-

Kursus : Diploma Ukur Tanah .

Tempoh : 3 tahun

Kelulusan : Sekurang-kurangnya pangkat 2 dalam SPM aliran sains dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran seperti yang dinyatakan dalam buku panduan universiti tersebut.

Umur : Sekurang-kurangnya 17 tahun kecuali dari kelas ekspress.


ii.






Institut Teknologi Mara :-

Kursus : Diploma Kejuruteraan Ukur Tanah

Tempoh : 3 tahun

Kelulusan : Sekurang-kurangnya pangkat kedua dalam SPM aliran sains dan syarat-syarat lain termesuk kelulusan sijil politeknik dan kelulusan dalam mata pelajaran tertentu seperti yang dinyatakan dalam buku panduan intitusi tersebut.

Umur : 16 tahun keatas


iii.






Politeknik Ungku Omar :-

Kursus : Sijil KejuruteraanAawam Ukur Tanah

Tempoh : 27 bulan

Kelulusan : SPM/SPMV dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran tertentu beraliran sains seperti yang dinyatakan dalam buku panduan institusi tersebut

Umur : 16 tahun ke atas


iv.






Politeknik Kuantan :-

Kursus : Sijil Kejuruteraan Awam Ukur Tanah

Tempoh : 27 bulan

Kelulusan : SPM/SPMV dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran tertentu aliran sains seperti yang dinyatakan dalam buku panduan institusi tersebut

Umur : 16 tahun keatas




Keadaan Tempat Kerja

Sebagai pembantu jurukur biasanya bekerja di luar pejabat, walaupun sememangnya ruang ada di sediakan di pejabat kerajaan atau swasta berasaskan kerja ukuran. Oleh yang demikian, mereka adalah terdedah kepada keadaan cuaca dan alam sekitar. Mereka juga dikehendaki bermalam di luar pejabat semasa menjalankan tugas termasuk juga bermalam dalam khemah di dalam hutan. Alat kelengkapan termasuk khemah, kasut hutan, pakaian hujan, alat kelengkapan masakan dan sebagainya di sediakan oleh majikan.

Lain-Lain Syarat Memasuki Pekerjaan

Seorang pembantu jurukur mesti tahan lasak dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan diluar pejabat. Semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Keselamatan rakan sejawat dan pekerja lain adalah penting. Kegemaran menjalankan kerja kejituan dan kebolehan menulis laporan dengan singkat, jelas dan menepati adalah sifat yang diingini.

Peluang Pekerjaan dan Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik, disektor swasta mereka berpeluang dinaikkan pangkat ketua pembantu jurukur dan juga sehingga jawatan jurukur. Di sector awam, seseorang pembantu teknik ukur berpeluang di naikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan dan seterusnya ketingkatan tertinggi mengikut sektor dan organisasiperkhidmatan. Begitu juga dengan juruteknik dan juruteknik rendah berpeluang di naikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi mengikut skim perkhidmatan masing-masing.

Di mana Pekerjaan Terdapat

Pekerjaan ini terdapat di firma perundingan , penilaian dan harta tanah . Di sector awam pekerjaan ini terdapat terutama sekali di Kementerian Kemajuan Tanah dan Koperasi dan lain-lain lagi .