14 Jun 2009

BIDANG INSURANS

Kerjaya Di Bidang Insurans
Bidang insurans telah diperkenalkan di Malaysia dalam kurun ke 18 berikutan kemajuan ekonomi, pertumbuhan yang pesat di sektor pembuatan dan perkhidmatan serta pertambahan penduduk. Insurans merupakan tunggak kehidupan komersil sesebuah negara. Industri ini memerlukan kepakaran, khidmat kakitangan yang terlatih di pelbagai bidang. Bidang insurans termasuk prinsip dan amalan insurans, insurans nyawa dan kesihatan, insurans sosial, perancangan pencen, pengurusan risiko, insurans hayat dan liabiliti, pengangkutan, marin, penerbangan dll. Pengendalian operasi syarikat insurans dan pengendalian tuntutan insurans.
Pengurus Insurans
Pengurus insurans hendaklah berkecenderungan kepada pengiraan iaitu berminat kepada perangkaan. Berkebolehan menilai dan merancang risiko insurans dengan pendekatan yang sistematik. Sifat rajin, jujur dan bertanggungjawab adalah penting. Perhubungan awam yang baik akan membantu mereka menjalankan kerja dengan lebih berkesan. Mentadbir program insurans dalam sesuatu syarikat. Termasuk membuat tinjauan atas harta benda syarikat dan kajian bagi mengkelaskan bencana dan menilai risiko insurans; merancang risiko insurans dengan mendapat nasihat dari jabatan kejuruteraan, personel dan kewangan serta membincangkan dengan broker insurans bagi membeli insurans yang patut dan munasabah. Mempastikan pengurusan syarikat/ perniagaan berjalan dengan lancar dan menguntungkan. Mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat insurans yang lain. Berusaha memperkenalkan polisi-polisi perlindungan baru demi kebaikan pengguna.
Keterangan Tugas
Mengurus hal-hal syarikat demi kemajuan industri insurans.
Menghubungi broker dan persatuan pembeli bagi mendapatkan maklumat kemajuan industri insurans.
Mengkaji pembentukan undang-undang insurans semasa mengubah risiko insurans.
Mengarah dan menyelaras program bagi mengelakkan kerugian melalui kajian dan pemeriksaan keselamatan dan mencadangkan cara-cara mengatasinya kepada pihak pengurusan atasan.
Penyediaan rekod dan laporan bagi analisis kos pengalaman, keselamatan dan ringkasan laporan pencegahan kerugian dengan pihak pengurusan.
Membuat kerja perundingan, penyelesaian tuntutan kerugian dengan pihak insurans.
Bekerjasama dengan bahagian undang-undang untuk mendapatkan maklumat tentang risiko yang diinsuranskan.
Mengodit perjanjian insurans bagi menentukan perubahan dalam keperluan insurans.
Merancang dan mengarah program pendidikan bagi menggalak penyertaan pekerja dalam rancangan insurans berkumpulan.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang ini Diantaranya:
Broker Insurans
Eksekuti Insurans
Penaja Jamin
Agen Insurans
Eksekutif Tuntutan
Adjuster Kerugian
Aktuaris
Penyelia Insurans
Ciri-Ciri Peribadi
Meminati profession ini
Seorang yang rajin, tekun dan kuat berusaha
Jujur dan bermotivasi tinggi
Berkebolehan dalam matematik dan boleh menyelesaikan masalah
Mampu meyakinkan pelanggan
Berkebolehan menjual dengan naluri kewangan yang cermat
Kemahiran berkomunikasi dalam pertuturan dan penulisan
Mempunyai inisiatif, kebijaksanaan, daya pujukan, analitik bersistem dan adil
Berkebolehan mendesak secara lembut
Mempunyai personaliti yang baik, kemas, segak dan konservatif
Sanggup bekerja luar tanpa mengira masa dan tempat.
Kelulusan
Memperolehi Ijazah dan lulus peperiksaan daripada Institut Insurans Malaysia (MII) serta Chartered Insurance Institute (CII) UK. Jawatan ini juga merupakan jawatan yang boleh disandang melalui kenaikan pangkat. Kelayakan yang diperlukan bagi jawatan ini ialah sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang insurans atau berpengalaman dan mempunyai kelulusan dan kemahiran dalam bidang insurans.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam :
Jawatan ini tidak ada dalam sektor awam.
Sekor Swasta:
Gaji dibayar mengikut kelulusan/pengalaman dan pasaran semasa.
Prospek Kerjaya
Insurans menawarkan banyak peluang bagi pemohon yang sesuai dan peluang untuk maju amat cerah kerana orangramai telah menyedari keperluan memiliki insurans. Peningkatan taraf hidup dan kemewahan dan perhatian terhadap jaminan kewangan telah turut meransang jualan insurans. Jumlah jualan insurans nyawa dan kesihatan juga akan meningkat dengan bertambahnya bilangan pekerja yang memasuki lingkungan umur 21- 54 dimana mereka yang didalam lingkungan umur ini mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk insurans nyawa dan kesihatan serta perlindungan untuk kediaman, kenderaan dan lain-lain barang berharga.
Selain daripada kewajipan undang-undang, kebanyakan individu dan perniagaan menyifatkan insurans sebagai satu keperluan. Peluang adalah lebih baik bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan meminati kerja jualan dan juga mampu membina kepakaran dalam pelbagai perkhidmatan insuran dan kewangan.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-
1. Universiti Teknologi Mara
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiiti Utara Malaysia
4. Universiti Malaya
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-
Pendidikan dan latihan dalam bidang insurans boleh didapati daripada Institut Insurans Malaysia (MII). Kebanyakan syarikat insurans yang mantap menawarkan kursus latihan tersendiri. Latihan dan peperiksaan juga dikendalikan oleh Persatuan Insurans Nyawa Malaysia(LIAM) dengan kerjasama Institut Insurans Malaysia (MII) serta Chartered Insurance Institute (CII) UK.
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM/SPMV dengan 5 kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan lulus Bahasa Malaysia.
Penyelia Insurans
Seseorang Penyelia Insurans merancang, mengatur dan membina pelbagai jenis perniagaan insurans (nyawa, kebakaran, kemalangan, pendidikan, rawatan, perubatan, perlindungan, kenderaan dan sebagainya) serta memandu dan menyelia kerja jurujual insurans.
Keterangan Tugas
Membuat rancangan untuk memajukan perniagaan di sesuatu kawasan atau organisasi tertentu
Membuat sesuatu rangka kerja bagi tiap-tiap ejennya
Memberi panduan dan menyelia kerja-kerja harian mereka dengan menghubungi bakal pelanggan serta juga ejen-ejen mereka jika difikirkan perlu
Merancang agar ejen bekerja secara sistematik dan proaktif terhadap pelanggan baru
Merancang aktiviti promosi serta publisiti di kawasan-kawasan tertentu dengan memperkenalkan program-program baru yang dirancangkan oleh syarikat insurans
Menentukan supaya perniagaan mencapai kejayaan maksimum
Melaporkan kepada pihak atasan tentang kemajuan di kawasan atau organisasinya
Menyiasat kes-kes tuntutan
Mengambil, memilih dan melatih ejen-ejen baru dalam jualan insurans kepada pelanggan
Mengekalkan perhubungan sosial dengan semua pihak-pihak yang berpengaruh di sesuatu kawasan
Ciri-Ciri Peribadi
Harus mempunyai personaliti ang baik
Bijak berkomunikasi, peramah, sangguh bergaul dengan orang ramai
Bersifat jujur, amanah dan bertanggungjawab
Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa
Kelulusan
Kelayakan minimum yang diperlukan ialah SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya. Calon SRP/PMR boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan. Perlu menduduki peperiksaan dalam bidang insurans yang dianjurkan oleh Persatuan Insurans Awam Malaysia (PIAM) dan mengikuti latihan yang disediakan oleh pihak majikan.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam :
Jawatan ini tidak ada dalam sektor awam.
Sektor Swasta:
Gaji dibayar mengikut kelulusan/pengalaman dan pasaran semasa.
Mereka akan dibayar komisen dan 'overiding' ke atas perniagaan yang dijalankan oleh wakil-wakil insurans di bawahnya.
Prospek Kerjaya
Tidak ada batasan. Perusahaan insurans sedang berkembang pesat di Malaysia. Seseorang yang rajin dan bercita-cita tinggi boleh mendapat pendapatan yang lumayan dan boleh dinaikkan ke tingkatan yang lebih tinggi seperti pengurus insWakil Insurans (Jurujual)
Kebanyakan orang mengenali insurans melalui wakil/agen/jurujual. Ia merupakan orang tengah sebagai penghubung dalam perniagaan insurans. Jualan insurans amat bergantung pada wakil yang biasanya mendapat ganjaran melalui jumlah urusniaga yang dihasilkan. Tugas utama ialah menjual segala bentuk insurans seperti insurans nyawa, kemalangan, kebakaran, pendidikan, rawatan hospital, marin dan berbagai-bagai jenis insurans yang lain.
Keterangan Tugas
Mengumpul senarai bakal pelanggan melalui perhubungan sosial dan perniagaan dengan menyemak buku panduan perniagaan dan professional
Menemuduga bakal pelanggan dan menentukan minat dan keperluan insurans mereka
Merancang dan mencuba menjual polisi baru kepada pelanggan
Memberi penerangan mengenai cirri-ciri baru kadar premium, nilai tunai, pinjaman dan kemudahan lain
Menentukan prosedur untuk pemeriksaan perubatan, pemeriksaan harta atau penentuan polisi yang lain
Mencuba menjual polisi yang telah disemak jika pemohon terdahulu belum dijamin oleh syarikat
Memberitahu syarikat tentang permohonan pelanggan bagi pembayaran gantirugi
Mengutip premium bagi pihak syarikat serta menyimpan rekod yang dikehendaki
Pekerjaan Yang Dikelaskan Di Bidang Ini Diantaranya:-
Jurujual Insurans Nyawa
Jurujual Insurans Kebakaran
Jurujual Insurans Pendidikan
Jurujual Insurans Perubatan
Jurujual Insurans Kenderaan
Ciri-Ciri Peribadi
Berkemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dan orang ramai
Mempunyai inisiatif, kebijaksanaan, daya pujukan, analitik, bersistematik dan adil
Berkebolehan mendesak secara lembut
Mampu menyakinkan pelanggan
Boleh menyelesaikan/berhujah masalah yang diutarakan oleh pelanggan
Boleh bekerja dengan masa yang tidak menentu
Berpakaian kemas, segak dan konservatif
Kelulusan
Sekurang-kurangnya lulus SPM/SPMV dan juga terbuka kepada para siswazah yang berminat. Boleh menjalankan tugas secara tetap atau sambilan.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Dibayar mengikut kadar komisyen dari jumlah polisi yang dapat dijual dalam tempoh sebulan.
Prospek Kerjaya
Di Malaysia peluang pekerjaan dalam industri ini amat cerah dan menggalakkan. Selain dari kewajipan undang-undang, orang ramai menyifatkan pemilikan polisi insurans sebagai satu keperluan tidak mengira keadaan ekonomi. Peluang adalah lebih baik bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan meminati kerja jualan dan juga boleh mendapat kepakaran dan pengalaman bagi meningkat ke jawatan yang lebih tinggi.