19 Mei 2009

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR DAN KELEBIHANNYA

ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera pelajar yang saya kasihi sekalian, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Kursus kepimpinan Pelajar (Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua atau Pengerusi Kelab, Badan Uniform dan Persatuan pada 30 - 31 Mei 2009 (sabtu hingga ahad). Kursus ini akan diadakan di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Kursus ini sangat penting kepada barisan pengawas atau ketua dan pengerusi kelab, kerana di dalam kursus ini akan didedahkan dengan ilmu kepimpinan dan kemahiran-kemahiran untuk menjadi seoarang pemimpin yang berdedikasi serta berkeyakinan. Di antara kemahiran yang akan diberi penekanan di dalam kursus kepimpinan pada kali ini seperti kemahiran mengendalikan mesyuarat, buat kertas kerja, kemahiran membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah, dan lain-lain. Di samping itu, kita juga menekan aspek ketahanan mental dan fizikal sebagai persediaan untuk menyiapkan diri sebagai pemimpin pada masa akan datang.

Pelajar yang saya kasihi sekalian, kebanyakan pemimpin negara kita pada hari ini bermula dengan menjadi pemimpin di peringkat sekolah seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengerusi kelab atau badan uniform semasa beliau di bangku sekolah dahulu. Oleh itu, barisan pemimpin ( pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengerusi kelab atau badan uniform) SMKST berbanggalah kerana anda telah terpilih oleh Allah s.w.t. menjadi pemimpin. Dan jalankan tugas dengan dedikasi dan bertanggungjawab. Sebagai pemimpin kita pasti menghadapi cabaran dan dugaan yang pelbagai untuk 'memantop' diri kita sebagai pemimpin.

Dengan ini, ambillah peluang untuk menghadiri ke KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR sebagai langkah awal kita untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

(KURSUS INI JUGA DIBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR SMKST)

untuk maklumat lanjut sila berjumpa dengan Encik Wan Mohd Amin dan Encik Zainal (kaunselor anda)

Petikan daripada catatan Osman Affan - Penceramah Motivasi dan Penulis Buku Motivasi

Semasa saya di alam persekolahan terutamanya semasa berada di sekolah menengah, saya banyak mengikuti kursus-kursus kepimpinan dan pembangunan diri. Jadi pengawas, pergi kursus. Jadi presiden kelab dan persatuan, pergi kursus. Jadi ahli sukan, pergi kursus. Jadi Naqib usrah, pergi kursus. Jadi AJK blok pun kena pergi kursus. Sampai satu masa, saya rasa muak dengan kursus-kursus ni semua.

Saya terfikir ketika itu, kenapa la semua benda ni nak kena pergi kursus. Kalau bagi 2-3 buku je suruh baca tak cukup ke? Pernah timbul rasa bosan dan penat setiap kali nak kena pergi kursus.

Seorang senior di sekolah saya berkata kepada saya, menghadiri kursus ini semua umpama berada dalam satu mutiara. Kalau kita berada dalam satu mutiara, kita akan rasa lemas kerana hanya benda berwarna putih disekliling kita. Tetapi suatu hari bila kita dah keluar daripada mutiara itu, kita baru nampak betapa tingginya nilai mutiara yang kita miliki itu.

Beberapa hari lepas saya teringat akan perkara ini. Benar kata senior saya itu. Kini baru saya dapat lihat betapa tingginya nilai kursus-kursus yang pernah saya hadiri itu. Malah, selalunya, mana-mana kursus yang paling membosankan itulah yang paling tinggi nilainya sekarang.

Jadi, untuk para pelajar, jangan lepaskan sebarang peluang kursus yang boleh anda sertai. Anda mungkin tidak nampak kelebihan menghadiri kursus-kursus itu sekarang, tetapi suatu hari nanti anda akan rasa bersyukur dan bertuah kerana pernaha belajar sesuatu yang hebat melalui kursus-kursus kepimpinan dan pembangunan diri itu.