24 Mei 2009

KARNIVAL KERJAYA 2009: SETSA DAPAT WAKIL ZON KERAMAT






Pasukan Setsa SMKST telah berjaya mewakili Zon Keramat di Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya yang akan di adakan pada 26 Mei 2009 di SMK Kiaramas, Kuala Lumpur. Pasukan Setsa ini dibimbing oleh Cikgu Sofi dan juga Cikgu Hizal. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengharapkan pasukan sekolah kita dapat menjadi johan di peringkat negeri pada kali. UBK mengucapkan syabas kepada semua pelakon yang telah berjaya mendapat tempat di pertandingan peringkat negeri. Ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar SMKST memang hebat dan berbakat di dalam pelbagai bidang. TAHNIAH!